SEDIKIT KISAH KETIKA PEMBINAAN BLOK SMA AT TANWIRIAH TAHFIZ







Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2015 @ 7:16 AM

Throwback sejarah pembinaan Blok C, Smat At Tanwiriah Tahfiz . Ketika ni kami ada masa kurang sebulan sahaja untuk menyiapkan bangunan sebelum kemasukan sesi 2016.
Kadang2 terasa macam sesak dada memikirkan macam mana nak siapkan bangunan dalam masa yang singkat serta kewangan yang sangat terhad.

Kata-kata Tn Guru Hj Hasbullah Hj Salleh menjadi semangat untuk kami utk terus berusaha..pesan Tn Guru ," Kalau kita bekerja kerana kepentingan diri sendiri nescaya kita akan lemah tetapi kalau kita kerja membantu agama ALLAH..ALLAH pasti akan bantu , inshaALLAH".
Dengan izin ALLAH swt , Abg Ibrahim dari Harian Metro datang ke Madrasah Mtaq Tanwiriah yg asalnya nak buat berita tentang keselamatan kebakaran di Institus2i Tahfiz tetapi akhirnya membantu madrasah dengan membuat artikel bertajuk 'Buka Saham Akhirat' . Alhamdulillah , akhirnya , bangunan Blok C dapat disiapkan .
Antara penyumbangnya pada masa tu ialah seorang Pakcik dr Terengganu yang semata-mata datang ke Muar bertemu dengan saya untuk menderma sebanyak RM1000 selepas tu menaiki bas semula balik ke Terengganu. Saya tak sempat nak minta alamat rumahnya dan dia tak ada hpon. Pakcik yg hebat tu menghubungi saya menggunakan public phone di stesen bas Muar. Perbualan kami sangat singkat tapi kami sempat minum bersama sambil dia menunjukkan keratan akhbar yg terkandung artikel 'Buka Saham Akhirat'. Pakcik berkata,"saya takde duit banyak tapi saya pun nak kongsi saham akhirat , jugak" Allahuakhbar kata2nya sgt menyentuh hati saya..RM1000 sikit katanya ttapi sebenarnya sgt2 besar bagi kami. Walaupun saya tak dapat berjumpa lagi dengan insan yg hebat ini , kami warga Madrasah mendoakan semoga beliau beroleh kebahgian di dunia dan di akhirat , Amin.
Terima kasih utk Abg Ibrahim Harian Metro Muar atas artikelnya , semoga dikira sebagai amalan yg soleh , inshaALLAH . Kami jugak ingin mengucapkan jazakumullahu khyral jaza' kepada semua yg telah menyumbang dan mereka yg berterusan menyumbang serta mendoakan kami . Mudah2an kalian beroleh kebahgiaan di dunia dan di akhirat , Amin.

Popular posts from this blog

"PELAJAR TAHFIZ, ATLET NEGARA LUAR BIASA"