Posts

Showing posts from September, 2018

PERMOHONAN PELAJAR BARU TAHFIZ 2019

Image
Peluang kini dibuka kepada seluruh ibubapa dan anak-anak yang berminat . Daftar sebelum terlewat !!!!!!!! PENGAMBILAN PELAJAR TAHFIZ SESI 2019 MADRASAH TAHFIZ ALQURAN ATTANWIRIAH PARIT JAWA, MUAR (TAHFIZ SEPENUH MASA) No. Pendaftaran JAIJ : MTS/MR/007 PENGAJIAN TAHFIZ SEPENUH MASA SYARAT KEMASUKAN 1. Pelajar lelaki berumur antara 11-13 tahun. 2. Boleh membaca AlQuran dengan baik dan lancar. 3. Berminat untuk menghafaz AlQuran. 4. Memperolehi keputusan yang baik dalam UPSR (lepasan UPSR shj). 5. Lulus Ujian Temuduga. PENGAJIAN SYAHADAH ALQURAN SYARAT PERMOHONAN 1. Berumur di bawah 19 tahun. 2. Telah khatam AlQuran 30 Juz di mana-mana pusat pengajian tahfiz (dokumen sijil atau surat akuan). 3. Tiada masalah displin dan mempunyai akhlak yang baik. 4. Bersedia ditarbiyah dan mengikut sistem pengajian Madrasah. 5. Lulus ujian temuduga. KELEBIHAN PENGAJIAN DI MADRASAH ✓ Berdaftar dengan Jab.Agama Islam Johor. ✓ Bernaung di bawah Persat...

WAKAF DEWAN AS SALAM MTAQ AT TANWIRIAH

Image
BERITA BAIK!!!BERITA BAIK!!!BERITA BAIK!!! Alhamdulillah, sekali lagi Madrasah membuka peluang kepada semua muslimin dan muslimat untuk bersama Madrasah program WAKAF Pembangunan Dewan As Salam. Selain WAKAF Pendidikan Tahfiz yang madrasah jalankan sepanjang tahun. Kini Madrasah membuka satu lagi program WAKAF yang khas iaitu untuk membina Dewan As Salam. WAKAF khas ini ditawarkan sehingga tarikh 31 Disember 2018  dengan tawaran sebanyak 5000 lot. Nilai bagi  1 Lot adalah bersamaan dengan RM100. Alhamdulillah, saban tahun bilangan pelajar sentiasa bertambah. Mulai tahun hadapan(2019) jumlah bilangan pelajar dijangka mencecah seramai 500 orang. Surau dah kelas hafazan untuk murid-murid Sek Rendah Islam At Tanwiriah(Tahfiz) atau SRATT semakin padat. Surau yang digunakan di bangunan Saidina Uthman itu jugalah dijadikan dewan peperiksaan untuk peperiksaan kelolaan Jabatan Agama Islam Johor dan peperiksaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Apabila ada peperiksaan...

VIDEO SEJARAH AWAL PEMBINAAN MADRASAH

Assalamualaikum, jom kita saksikan sebentar sejarah awal pembinaan Mtaq Tanwiriah pada 2011. Seminggu 2 ni saya sibuk mencari gambar2 dan video2 lama madrasah utk didokumentasikan. Terlalu byk kenangan pahit manis yg tak dapat dilupakan. Saya pernah rasa tak larat dan tak mampu utk menguruskan madrasah ini. Tanggungjawab yg diamanahkan adalah cukup besar dalam keadaan kewangan yg sgt2 terhad. Satu petang selepas solat Asar saya bertemu dgn Tn Guru Hj Hasbullah Hj Salleh dgn hajat nak memaklumkan kpd beliau utk saya mengundurkan diri selaku Mudir Am Madrasah. Saya agak tertekan ketika itu sbb bila cukup bulan kena pastikan gaji staff mencukupi dan bayaran utk kontraktor pun mesti ada. Dengan berat hati saya bgtau kpd Tn Guru saya nak undur diri dari Madrasah, tetapi respon daripada Tn Guru sgt menusuk ke jantung. Sehingga kini saya pegang kata2 Tn Guru tersebut. Tn Guru berkata: " Kalau Ustaz buat kerja madrasah ini adalah utk kepentingan diri se...