WAKAF DEWAN AS SALAM MTAQ AT TANWIRIAH
BERITA BAIK!!!BERITA BAIK!!!BERITA BAIK!!!
Alhamdulillah, sekali lagi Madrasah membuka peluang kepada semua muslimin dan muslimat untuk bersama Madrasah program WAKAF Pembangunan Dewan As Salam.
Selain WAKAF Pendidikan Tahfiz yang madrasah jalankan sepanjang tahun. Kini Madrasah membuka satu lagi program WAKAF yang khas iaitu untuk membina Dewan As Salam. WAKAF khas ini ditawarkan sehingga tarikh 31 Disember 2018 dengan tawaran sebanyak 5000 lot. Nilai bagi 1 Lot adalah bersamaan dengan RM100.
Alhamdulillah, saban tahun bilangan pelajar sentiasa bertambah. Mulai tahun hadapan(2019) jumlah bilangan pelajar dijangka mencecah seramai 500 orang. Surau dah kelas hafazan untuk murid-murid Sek Rendah Islam At Tanwiriah(Tahfiz) atau SRATT semakin padat. Surau yang digunakan di bangunan Saidina Uthman itu jugalah dijadikan dewan peperiksaan untuk peperiksaan kelolaan Jabatan Agama Islam Johor dan peperiksaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Apabila ada peperiksaan besar ini maka murid-murid akan solat di dalam kelas yang lagi kecil keluasannya. InshaALLAH , jika program WAKAF membina Dewan As Salam ini berjaya nanti maka banyaklah manfaat yang akan diperolehi darinya.
Secara ringkasnya kegunaan Dewan As Salam nanti adalah seperti yang berikut:
- Musolla untuk murid-murid Sek Rendah Islam At Tanwiriah (Tahfiz) (SRATT)
- Kelas Hafazan murid-murid SRATT
- Ijtimak mingguan Madrasah
- Pengajian kitab turath pelajar-pelajar Sek Menengah Islam At Tanwiriah (Tahfiz) (SMATT), pelajar-pelajar Tahfiz sepenuh masa dan juga orang awam.
- Aktiviti ko-kurikulum semua pelajar
- Program-program kebesaran dalam Islam seperti Maulid dan sebagainya.
- Kursus-kursus seperti umrah dan lain-lain.
- Aktiviti-aktiviti Madrasah keseluruhannya
Ini adalah sebahagian aktiviti-aktiviti yang dapat dimanfaatkan jika pembinaan Dewan As Salam berjaya dijalankan. InshaALLAH dengan kehebatan program WAKAF ini pembinaan Dewan As Salam akan dapat direalisasikan pada hujung tahun ini.
Saya yakin program WAKAF ini akan berjaya sepertimana sebelum ini WAKAF pembinaan Bangunan Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman yang menelan belanja hampir RM3 juta. Itulah yang dikatakan The Power Of WAKAF , yang ada pada umat Islam. Dengan berWAKAF kita boleh membangunkan ummah dan negara yang tercinta. Umat Islam berlumba-lumba untuk berWAKAF kerana mereka yakin akan ganjaran pahala yang besar daripada ALLAH swt. Walaupun mereka telah meninggal dunia tetapi amal jariahnya akan berterusan. Sepertimana maksud hadis Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم
عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له
Maksud hadis :
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (WAKAF), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (HR Muslim).
AMAL JARIYAH(WAKAF)
Amal jariyyah menurut bahasa ialah perbuatan yang baik.
Menurut istilah ulama syara’ amal jariyyah juga di sebut sebagai WAKAF yaitu menahan sesuatu yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan kemaslahatan serta kekal zatnya sebagai
( taqarrub) pendekatan diri terhadap Allah.
2) Ikhlasnya bersedekah/WAKAF dapat meringankan kesusahan seseorang.
3) Harta orang yang bersedekah/WAKAF tidak akan berkurangan malah ianya akan bertambah.
4) Dengan bersedekah/WAKAF, kita akan terhindar dari bala dan umur juga diberkati serta menjadi panjang.
5) Merahsiakan sedekah/WAKAF memadam kemurkaan Allah manakala sedekah secara terang-terangan pendinding api neraka.
( taqarrub) pendekatan diri terhadap Allah.
2) Ikhlasnya bersedekah/WAKAF dapat meringankan kesusahan seseorang.
3) Harta orang yang bersedekah/WAKAF tidak akan berkurangan malah ianya akan bertambah.
4) Dengan bersedekah/WAKAF, kita akan terhindar dari bala dan umur juga diberkati serta menjadi panjang.
5) Merahsiakan sedekah/WAKAF memadam kemurkaan Allah manakala sedekah secara terang-terangan pendinding api neraka.
Hukum melakukannya adalah sunat.
Firman Allah Ta’ala yang berbunyi :
لن تنالوا البر حتى تنفقوا مما تحبون وما تنفقوا من شيء فإن الله به عليم
Yang kira-kira bermaksud : Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (Surah Ali ‘Imran, ayat 92)
Amal jariyah merupakan amalan yang terpuji disisi Allah antaranya ialah membangun masjid atau sekolah, mewakafkan kitab-kitab bermanfaat kepada masjid dan lain-lain lagi. Perkara ini ada disebutkan dalam hadith, riwayat Ibn Majah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang kira-kira bermaksud:
”Sesungguhnya amal dan kebaikan yang terus mengiringi seseorang ketika meninggal dunia adalah ilmu yang bermanfaat, anak yang dididik agar menjadi orang shaleh, meWAKAFkan Al-Quran, masjid, membangun tempat penginapan bagi para musafir, membuat irigasi, dan bersedekah.” (HR Ibn Majah).
Berikut disenaraikan antara fadilat-fadilat amal jariyyah berbentuk sedekah ialah :
1) Bersedekah/WAKAF merupakan jalan kepada pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu kejahatan.
Oleh itu, kita diseru agar sentiasa melakukan amal jariyah dengan penuh keikhlasan kerena tidak bukan saja memberikan maslahat kepada masyarakat umumnya. Bahkan pahalanya akan sentiasa mengalir walaupun kita telah menghembuskan nafas terakhir. Maka tidak rugilah harta yang telah disedekahkan pada jalan Allah sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 262 yang kira-kira bermaksud :
Orang-orang yang menafkahkan/meWAKAFkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan tidak menyakiti perasaan si penerima, mereka memperolehi pahala di sisi tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.
Gambar pelan arkitek untuk DEWAN AS SALAM MTAQ AT TANWIRIAH
Kepada semua muslimin dan muslimat yang berhajat untuk menyertai program WAKAF Dewan As Salam ini boleh terus ke link di bawah ini
Atau
Datang ke pejabat pentadbiran MTAQ At Tanwiriah di Pt Jawa Muar Johor
.
Maklumat lanjut boleh hubungi/Whatsapp Ust Kamal:
www.wasap.my/60183274341/saya+nak+sertai+Wakaf+Dewan
www.wasap.my/60183274341/saya+nak+sertai+Wakaf+Dewan




















