VIDEO SEJARAH AWAL PEMBINAAN MADRASAH



Assalamualaikum, jom kita saksikan sebentar sejarah awal pembinaan Mtaq Tanwiriah pada 2011.
Seminggu 2 ni saya sibuk mencari gambar2 dan video2 lama madrasah utk didokumentasikan. Terlalu byk kenangan pahit manis yg tak dapat dilupakan. Saya pernah rasa tak larat dan tak mampu utk menguruskan madrasah ini. Tanggungjawab yg diamanahkan adalah cukup besar dalam keadaan kewangan yg sgt2 terhad.

Satu petang selepas solat Asar saya bertemu dgn Tn Guru Hj Hasbullah Hj Salleh dgn hajat nak memaklumkan kpd beliau utk saya mengundurkan diri selaku Mudir Am Madrasah. Saya agak tertekan ketika itu sbb bila cukup bulan kena pastikan gaji staff mencukupi dan bayaran utk kontraktor pun mesti ada. Dengan berat hati saya bgtau kpd Tn Guru saya nak undur diri dari Madrasah, tetapi respon daripada Tn Guru sgt menusuk ke jantung. Sehingga kini saya pegang kata2 Tn Guru tersebut.

Tn Guru berkata:
" Kalau Ustaz buat kerja madrasah ini adalah utk kepentingan diri sendiri, Ustaz blh berhenti tetapi kalau Ustaz buat kerja hanyalah kerana ALLAH semata2 utk memperjuangkan agama, ALLAH pastu bantu dan Ustaz blh berjaya'.

Dengar kata2 tersebut, saya berazam utk terus berjaya, walaupun saya tahu banyaknya ujian yg bakal ditempuh. Pahit manis, susah senang itulah asam garam dlm berjuang. Utk memotivasikan diri saya sendiri, marilah sama2 kita ingat."Biarlah kita penat di sini tapi jangan sampai kita penat di SANA".
Sekarang di luar sana sibuk bercerita pasal madrasah tahfiz, saya faham perasaan semua pengusaha Tahfiz ketika ini..sedih..marah..kecewa..putus asa..tertekan..rasa rendah diri dan macam2 lagi..Tapi ingat kita ada ALLAH, ALLAH pasti bantu kita, sbb kita bekerja utk agamaNYA. Kita bekerja utk melahirkan manusia yg di dadanya ada Al Quran, InshaALLAH yg bakal melahirkan ulamak dan pejuang2 Islam. Jangan lah kalian merasa rendah diri dan kecewa. Teruskanlah kerja2 murni ini walaupun terpaksa menggadai nyawa utkNYA.

ÙˆَÙ„َا تَÙ‡ِÙ†ُوا ÙˆَÙ„َا تَØ­ْزَÙ†ُوا ÙˆَØ£َÙ†ْتُÙ…ُ الْØ£َعْÙ„َÙˆْÙ†َ Ø¥ِÙ†ْ ÙƒُÙ†ْتُÙ…ْ Ù…ُؤْÙ…ِÙ†ِينَ
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.(Ali Imran-139)
Ù„َا تَØ­ْزَÙ†ْ Ø¥ِÙ†َّ اللَّÙ‡َ Ù…َعَÙ†َا
"Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita". (At Taubah-40)

Ujian2 yg berlaku sehari 2 ni amat berat utk semua pengusaha2 Pusat Tahfiz seperti kes saman RM4.3j Tahfiz Dato Adnan Hashim, sahabat saya. (Kami di Mtaq Tanwiriah mendoakan Dato terus bersabar dan bertambah kuat utk terus membangunkan Tahfiz. Kami tetap berada di belakang Dato, InshaALLAH.Blm reda kes saman, kes pengetua liwat pulak..Semuanya yg berlaku itu ada hikmahnya, inshaALLAH . Apa yg penting kita mesti terus mara kedepan.

Alhamdulillah Allah kurniakan staff2 sgt memahami kepayahan tersebut. Mereka amat sabar di atas kekurangan yg ada. Pada masa tu kelas utk murid2 Sri At-Tanwiriah Tahfiz hanyalah berdindingkan plywood dan jaring2 besi serta atap zink tanpa syiling..ada org panggil kandang kuda, ada juga yg panggil kelas spa..apa tidaknya kalau tengahari lemak pun blh cair..tapi itu semuanya dulu, sekarang kami sgt2 bersyukur atas nikmatMU Ya ALLAH...maka sgt2 beruntunglah semua org yg terlibat dalam membangunkan madrasah ni..kpd para peWAKAF berbahgialah kalian di SANA nanti, inshaALLAH..

Utk kisah selanjutnya..saya akan sambung InshaALLAH..

Popular posts from this blog

SEDIKIT KISAH KETIKA PEMBINAAN BLOK SMA AT TANWIRIAH TAHFIZ

"PELAJAR TAHFIZ, ATLET NEGARA LUAR BIASA"