"PELAJAR TAHFIZ, ATLET NEGARA LUAR BIASA"
DOAKAN KEJAYAAN ADIK SHUKOR FARHAN SULIMAN, PELUMBA BASIKAL KEBANGSAAN DI SUKAN PARA ASIA 2018 JAKARTA
Kami warga madrasah tahfiz seluruh negara mendoakan semoga Adik Shukor Farhan Suliman dan semua atlet Para Kebangsaan beroleh kejayaan cemerlang di Kejohanan Sukan Para Asia 2018 Jakarta yang akan bermula pada 6 Oktober sehingga 13 Oktober depan.
Alhamdulillah, cita-cita Shukor Farhan untuk bertanding di kejohanan ini tercapai setelah pada tahun 2017 beliau berjaya merangkul pingat emas di Sukan Para ASEAN 2017 KL. Bekas pelajar Madrasah Tahfiz Al Quran At Tanwiriah, Muar Johor ini telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar Tahfiz juga boleh cemerlang dalam bidang sukan sehingga boleh mewakili negara.
"SEMOGA ATLET KEBANGSAAN KITA BEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG DAN GEMILANG,AMIN"
Cerita mengenai Adik Shukor Farhan Suliman boleh dibaca di beberapa link di bawah:
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2017/09/327327/para-kl2017-shukor-tetap-bersyukur
http://www.stadiumastro.com/sukan/sukan-lain/artikel/acc-2018-buka-mata-farhan/79986
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2018/08/457903/farhan-pasang-impian-podium-di-jakarta
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2017/11/347781/shukor-farhan-buru-slot-para-asia
ADIK SHUKOR FARHAN KETIKA DI MADRASAH
Beberapa keratan akhbar di Malaysia berkenaan Adik Shukor Farhan
BERSAMA PRODUK MADRASAH TANWEER COCOA










