TAHNIAH ADIK FAIZ ABDULLAH NASIH , TERUSKAN USAHA UNTUK SYAHADAH




PERMOHONAN PELAJAR BARU SILA KLIK 


Alhamdulillah, malam tadi Adik Faiz Abdullah Nasih telah berjaya khatam hafazan 30 juzuk Al Quran. Semoga beliau dapat menjaga hafazannya hingga ke akhir hayat, amin.

Tahniah kepada kedua ibubapanya dan juga  kepada semua guru yang telah mendidiknya. Ayahnya pula bukan calang-calang orang, Ustaz Mohd Apandi Hussian merupakan seorang guru taranum yang terkenal. Suaranya selalu sahaja didengari di corong-corong radio dan tv. Antara rancangannya di TV ialah Tilawah Interktif di TV 1. Mudah-mudah Adik Nasih dapat mengikuti jejak bapanya, inshaALLAH.

Sekali lagi sekalung tahniah untuk Adik Faiz Abdullah Nasih bin Mohd Apandi. Ustaz-ustaz MTAQ At Tanwiriah doakan semoga Adik Nasih berjaya ke peringkat syahadah dan seterusnya menjadi alim, amin. Tuan Guru Hj Hasbullah Salleh selalu berpesan kepada pelajar selepas sahaja syahadah kena sambung pengajian alim, itulah yang paling baik untuk pelajar-pelajar hafiz, katanya.

Alhamdulillah, wassalam.


Gambar Ustaz Mohd Apandi dan Pn Zainab, Ibubapa Adik Nasih


Rancangan Tilawah Interaktif TV 1




LIKE FB USTAZ MOHD APANDI


Untuk menyumbang ke madrasah sila klik link di bawah:

Popular posts from this blog

SEDIKIT KISAH KETIKA PEMBINAAN BLOK SMA AT TANWIRIAH TAHFIZ

"PELAJAR TAHFIZ, ATLET NEGARA LUAR BIASA"